*******traders*******

free counters

Sunday, November 25, 2012

Wacana Keilmuan HIKMAH: " Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu "


Laporan Sesi Pagi di blog rasmi HIKMAH, baca DISINI

>>>>>>>


Program "Wacana Keilmuan HIKMAH: Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu" telah berjaya dijalankan di Kolej Yayasan Melaka Antarabangsa pada hari Ahad 11 Muharam 1434 Hijrah.

Pembentangan kertas bertajuk "Matawang Syariah & Melayu: PENIPUAN dalam Kewangan dan Perlembagaan???", versi Kedua telah dizahirkan oleh Pembentang pertama dari Qiblah Consulting.

Antara Penambahbaikan yang dilakukan untuk Versi 2 adalah:-
(1) Bagaimana tertempanya DInar Islam Pertama. Baca DISINI
(2) Senario Pengunaan DINAR & Dirham(Dnd) di Malaysia
(3) Cara DINAR&dirham(Dnd) boleh digunakan untuk Muamalah dan lain-lain acara.

Di akhir sesi semasa sesi soal jawab ada pertanyaan dari seorang penulis yang bertanyakan mengenai adakah praktikal pengunaan Dnd atau ianya sekadar teori semata-mata. Saya mengambil kesempatan menunjukkan contoh bagaimana Muamalah dilakukan mengunakan Dnd dengan membeli buku karya Radzi Sapiee dengan bayaran 2 dirham.

( Gambar: Ihsan blog HIKMAH MELAYU )





( Gambar: Ihsan fb - Tun Muhamad Farul Azri )

( Semasa Pembentangan )

(Semasa Pembentangan Kertas Kerja-" Matawang Syariah & Melayu: PDK&P?" versi Kedua)



( Sesi Soal Jawab )


No comments:

Post a Comment